//Supergirl.
Tuan Rumah

 stalkers



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum. You're now on my blog. Thanks stalking. Heart you :')



Tweets!





Credits!

basecode:
Edit by:
Re-Edited by: Bellawehh
Others:   




Assalamualaikum :)



Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?  Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk  kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa  kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata

seorang  lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah  jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak  mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .

Sebaliknya ucapkan kata-kata Cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan

melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri  daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya  kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan mengajar kita  menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting  sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.  Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang  yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi,segagah- gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang  wira!


Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh  hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.  Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Cinta adalah keabadian… dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati  mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Cinta dan kasih sayang

adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.

Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta itu membuatkan kamu
gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta  itu istimewa jika ia
diberikan kepada orang yang bertuah. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar
ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai. Andainya
hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak
pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta
itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci
tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu

yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Cinta seringkali akan lari bila
kita mencari, tetapi cinta jua  seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi
pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah  satu keperluan kerana
hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah
cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan
wangi sepanjang musim. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah
berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu. Hanya
diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai
seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu
seumur hidup untuk melupakan seseorang. Setiap orang punya rasa cinta.
Tapi tak semua orang dapat merasai  cinta. Setiap orang pernah
bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia..

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas

perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan
balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya. Cinta itu apabila
kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Cinta laki-laki seumpama
gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya)rentan, ada waktu ia
meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.
Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh
perlahan-lahan, diam-diam dan terus  menerus bertambah. Jika  dipotong,
ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : “Memaafkan”. “Aku mencintaimu” , sukarkah untuk dilafazkan?? ? Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali  dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu? Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapitertangkap ke dalamnya.  Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta.”Cinta adalah kasih sayang yang melimpah”.
Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta
sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan
cinta. Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu
dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi
penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi
tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan
membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai
cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana
cinta tumbuh di hatimu. Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan
nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi
pada hati yang memerlukan. Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.
Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang
pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta
seperti ini adalah cinta yang  mengharapkan belas kasihan, sebab itu
bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya
kamu yang akan sengsara,bukan orang lain. Salah satu cabaran paling
sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai
kamu dengan sepenuh hatinya. Mereka yang cintanya selalu dibalas, kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah
pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai
diri orang itu. Itu lebih  baik daripada mengahwini orang yang kita
cintai tetapi tidak menyintai  diri kita kerana adalah  lebih mudah
mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian  orang lain.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari

pemberian semata-mata. Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup,
rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah
sesuatu yang subjektif, susah untuk  ditafsirkan. Kadangkala kita
merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan. Cinta
adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula
merupakan ubat penawarnya. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama
hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus
dilupakan. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi,
namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus
mengendalikan tindakan kita  sehingga kadangkala kita melakukan hal
terbodoh tanpa sedari. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita
dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayang i. Anda cuma

kalah jika anda bertangguh. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh
dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.Cinta menekan
pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan
kematian. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada
kasih yang lebih ngeri dari putus cinta. Cinta monyet ialah cinta
keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta
materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi. Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain. Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia
adalah suci, lahir dari kasih dan sayang. Cinta akan hidup bersama
dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu.Cinta
pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi. Tetapi kita tak
pernah menghargainya bila ia hadir tetapi akan membuatkan kita
menderita bila ia pergi. :')

credit to : someone :)