Tuan Rumah
| Korang tau tak yang sebelum ni aku guna Twitter untuk blog aggregator yang sekarang ni dah expired website tu. Kira aku tak mesra alam sangat la di Twitter,sekadar ping blog saja. Tapi sejak beberapa bulan ni aku lebih aktif di Twitter dan memang ternyata lebih baik aku layan Twitter dari Facebook. Eh serius weh ! 1. Tiada Tagging Gambar Mengarut Kat Twitter ada korang kena tag dengan gambar-gambar mengarut yang mengotorkan wall? takde kan. Aku tak minat gambar duit, gambar aplikasi facebook yang automatik tag dan lain-lain. Kalau ye pun aku ni low profile semi-professional stalker tak payah la check guna apps tu, kan dah kena tag. Cuba la tag gambar best-best sikit. Heh! 2. Perbualan lebih personal dan Live Borak-borak jem kat Twitter ni lebih personal dan cepat. Kalau ada apa-apa tag ( @username ) je nama dia nanti mesti perasan. Nak berinteraksi dengan ramai orang untuk satu topik pun boleh,cuma tag nama yang berkenaan. Facebook memang ada chatbox tapi aku tak suka buka sebab buat browser aku sangkut-sangkut bila internet slow. Facebook pun boleh borak ramai-ramai dalam satu thread tapi bila dah ramai,mula la menyimpang dari topik asal. Tapi aku salah seorang yang suka menyimpang topik keluar dari thread di Facebook. Hahaha. 3. ##### Invited You To Event bla..bla..bla.. Point ni lebih sesuai kepada blogger sebab diorang join ping group di facebook. Sekarang ni selalu sangat ada jemputan event yang mempromosikan link sendiri di facebook. Maksudnya buat event minta orang datang baca entri tertentu di blog mereka. Aiseh, fahamkan la dulu maksud create Event sebelum bagi bulk invitation untuk semua orang. Itu kat Facebook,tapi bila lepak di Twitter takkan jumpa benda-benda macam ni. Tenang sikit. Tapi ada baik juga event-event promosi entri di Facebook ni,alang-alang dia dah buat event untuk promosi link dia apakata kita post link kita kat wall event tu? Mantap kan. Hehe. 4. Kurangnya Virus Koobface Hi! How Are You?. Baru – baru ni satu virus menyerang facebook melalui chatbox. Kalau layan perbualan ni lepas tu klik link yang dia bagi confirm format laptop la jawabnya. Setakat ni di Twitter belum ada lagi isu virus Koobface menyerang pengguna tapi jangan ambil mudah, mungkin ada risiko menyerang Twitter sebab ia juga salah satu social network yang popular selain Facebook. 5. Update Isu Semasa Cepat Dengan Hashtag # Di Twitter update isu semasa memang cepat dengan penggunaan Hashtag. Bila ada ayat yang diletakkan # didepannya contoh pada tajuk entri, ayat tu akan masuk dalam satu column. Contoh isu Bersih 2.0 baru-baru ni,aku update live stream dan baca maki hamun orang kat hashtag #Bersih2.0. Berbanding Facebook kalau nak update satu-satu isu kena cari banyak tempat,kena like page atau kena add friend yang sangat leceh. Tambah pula pengguna Facebook kat Malaysia suka buat page macam-macam semata-mata nak tulis status dengan warna biru. Ok,sekarang dah ada cara mudah nak buat status warna biru di Facebook kan. Jadi ini 5 point yang terlintas di benak fikiran aku hari ni. Banyak lagi kalau nak ditulis sebab-sebab Twitter lebih seronok dari Facebook. Nak cerita lebih pun payah,korang buat account twitter lepas tu follow la ramai orang dan ramah-ramah sikit nanti tau la apa yang seronoknya. Dan kepada yang nampak status facebook aku tu ayat romantik-romantik sikit aku copy paste dari Twitter je, jangan la anggap aku ni jiwang. Aku tak reti la jiwang-jiawng,bermadah-madah segala ni. #okbai
|